Sunday, 11 January 2015

Demam Denggi



Pengenalan


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.



Tanda-tanda dan Gejala Demam Denggi

 

Simptom / Tanda-tanda demam denggi biasanya bermula dari 4 – 6 hari dari tarikh jangkitan dan tanda-tanda ini boleh berlangsung dan berlarutan hingga ke 10 hari. Tanda-tanda demam denggi termasuklah :
  • Demam panas dan mengejut (boleh mencapai suhu 40 - 41 C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit di belakang bebola mata
  • Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
  • Loya-loya
  • Salah satu atau gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit
  • Keradangan demam denggi berupa ruam/ bintik-bintik merah terang pada kulit, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh
  • Pendarahan ; seperti pada hidung, gusi (disebabkan kekurangan sel darah pembeku atau platlet)


Kadangkala tanda-tanda / gejala awal demam denggi ini tidak begitu ketara dan sering disalah ertikan / didiagnos sebagai demam flu atau demam disebabkan jangkitan virus yang biasa. Ini disebabkan tanda-tanda atau gejala kedua-dua demam ini yang hampir serupa.
Kanak-kanak dan juga orang dewasa yang belum pernah dijangkiti denggi seringkali mengalami tanda-tanda / gejala denggi yang ringan dan kurang serius pada mulanya; tetapi jika lambat ditangani akan menyebabkan keadaan yang lebih berbahaya seperti demam berdarah.
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah serta mereka yang pernah diserang penyakit Denggi sebelumnya juga lebih berisiko untuk mengalami demam denggi berdarah.


Rawatan Denggi



Segerakan berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
Namun begitu, langkah-langkah berikut boleh diambil :
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat yang mengandungi paracetamol / acetaminophen boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat yang mengandungi aspirin bagi mengelakkan risiko pendarahan yang lebih teruk.
  • Mandi jerlum untuk menurunkan kepanasan / suhu badan.
  • Antibiotik tidak diperlukan. 


Pencegahan Demam Denggi





Setakat ini masih belum ada vaksin untuk mencegah demam denggi. Cara terbaik untuk mencegah penyakit ini adalah untuk mengelakkan gigitan nyamuk yang telah dijangkiti, terutamanya jika anda tinggal di dalam atau di perjalanan ke kawasan tropika. Ini melibatkan melindungi diri sendiri dan berusaha untuk menjaga populasi nyamuk ke bawah.


Untuk melindungi diri anda:
  • Tinggal jauh dari kawasan perumahan berkepadatan tinggi , jika boleh.
  • Gunakan penghalau nyamuk, walaupun di dalam bangunan.
  • Ketika di luar rumah, pakai baju lengan panjang dan seluar panjang disisip ke dalam sarung kaki.
  • Apabila di dalam rumah, gunakan penyaman udara jika ada.
  • Pastikan tingkap dan pintu skrin adalah selamat dan bebas daripada lubang. Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu. Jika kawasan tidur tidak dipasang jaring atau berhawa dingin, gunakan kelambu.
  • Gunakan ubat nyamuk atau 'repellent' (penghalau nyamuk ) jika perlu.
  • Elakkan aktiviti luar pada waktu-waktu nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).

Untuk mengurangkan populasi nyamuk, hapuskan tempat di mana nyamuk boleh membiak. Ini termasuk tayar lama, tin, atau pasu bunga yang mengumpul hujan. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan ubat pembunuh jentik-jentik didalam takungan air tersebut.
Biasakan juga untuk sering menukar air bekas air binatang peliharaan .
Jika seseorang di rumah anda mendapat demam denggi, teliti terutamanya tentang usaha-usaha untuk melindungi diri anda dan ahli keluarga yang lain dari nyamuk. Nyamuk yang menggigit ahli keluarga yang dijangkiti boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain di rumah anda.


Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:


  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit


Untuk maklumat lanjut sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik di Pejabat / Klinik Kesihatan / Hospital berhampiran. 

Atau anda boleh juga menghubungi Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.

Rujukan:

Portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia


Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan:


Wikipedia:

WebMD:
http://www.webmd.com/a-to-z-guides/dengue-fever-reference?page=2#2

No comments:

Post a Comment